Tuesday, April 1, 2008

apa itu program OLEOKIMIA?


PROGRAM OLEOKIMIA

Pengenalan
Oleokimia adalah bahan-bahan kimia yang boleh dohasilkan daripada minyak dan lemak, sama ada melalui pemecahan ataupun pengubahsuaian. Bahan oleokimia digunakan dengan meluas di dalam kedua-dua industri berasaskan makanan dan bukan makanan. Pembentukan kurikulum merangkumi penyediaan pelajar tentang asas ilmu kimia dan kimia analisis, diikuti dengan kursus-kursus khusus dalam bidang oleokimia dan lain-lain kursus pelengkap. Peringkat 1000 merupakan tahap pembinaan ilmu asas kimia. Pada peringkat 2000 pelajar mula diperkenalkan dengan kimia lemak dan minyak di samping beberapa kursus pengukuhan seperti, kumpulan berfungsi organic dan penentuan struktur organic. Sejajar dengan bentuknya sebagai sains gunaan; maka pada peringkat 3000 penumpuan diberikan kepada teknologi pengubahsuaian lemak dan minyak dan penggunaannya dalam industri makanan dan bukan makanan. Melalui kursus yang ditawarkan, siswazah yang dikeluarkan nanti bukan sahaja merupakan seorang ahli kimia yang berkelayakan, bahkan menjadi seorang pegawai penyelidik dan pengusaha industri berasaskan oleokimia.

Objektif Program
Program ini berusaha meningkatkan kemampuan untuk membantu industri oleokimia negara melalui:
* Penglibatan dalam Penyelidikan dan Pembangunan,
* Melahirkan siswazah yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang oleokimia dan yang berkaitan dengannya.

No comments: